Wah! Comelnya Neelofa Junior Dalam Parodi Peluang Kedua!

Kanak-kanak viral, Che Naura Auni kini tampil dalam sebuah video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dengan penampilan khas, MK K-Clique.

Video parodi itu mula ditayangkan di YouTube pada pukul 5 petang hari ini.

Dalam masa kurang dua jam, jumlah tontonan video itu telah mencecah lebih 7,000.

Naura kelihatan begitu comel melakonkan babak seperti yang dilakukan oleh Nabila dalam video muzik asal lagu tersebut.

Tidak berseorangan, video parodi ini juga menampilkan Adam Ghadafi, kanak-kanak comel yang turut berlakon bersama Naura.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kecomelan mereka dalam video parodi yang dikongsi menerusi akaun Mask Team di YouTube ini!

Terdahulu, Naura mencuri perhatian ramai kerana wajah dan gayanya mirip selebriti terkenal Neelofa.

Malah, dia juga pernah bertemu Neelofa sewaktu hos itu masih mengacarakan program MeleTOP tahun lalu.

Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*