[video] Rambut Baru Lelaki Ini Cair Selepas Pergi Berenang, Ramai Geli Hati

Kebotakan kepala dan rambut menipis adalah satu masalah yang biasa bagi kaum lelaki dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja atas sebab keturunan.

Malah ramai selebriti dan personaliti popular yang turut mengalami masalah Alopecia Areataantaranya Brandon Fraser, John Travolta, Tom Felton, Robert Pattinson, dan Prince William.
Mujur usaha untuk memerangi masalah pola kebotakan bagi lelaki telah berkembang dan menghasilkan pelbagai bentuk penyelesaian.

Selain memakai rambut palsu memakan pil suplemen dan menjalani pembedahan, salah satu cara lain yang agak menarik adalah dengan mewarnakan kulit kepala untuk menghasilkan ilusi rambut tebal.

Cara ini dicipta oleh pakar inovasi Ron Popeil pada pertengahan tahun 1990 yang memperkenalkan penyembur aerosol meneyerupai pewarna kasut untuk menangani masalah kebotakan, dan teknik itu masih digunakan sehingga ke hari ini.

Seorang lelaki baru-baru ini telah menunjukkan dirinya menggunakan teknik tersebut dalam sebuah video TikTok di mana dia kelihatan yakin dan tidak sabar untuk memikat gadis di pantai dengan rambut barunya itu.

Namun rancangannya gagal apabila cat pada kepalanya itu cair dan warnanya turun sebaik dia masuk ke dalam air. Dia meluahkan rasa kecewanya dengan pewarna kepala itu kerana ia tidak kalis air seperti yang didakwa dan percaya orang yang menjual produk tersebut sengaja ingin mengenakannya.

Rata-rata netizen geli hati melihat apa yang berlaku kepada lelaki itu, dalam pada masa yang sama ramai yang turut rasa kasihan kepadanya.

Sumber: Twitter via NOTE UNTUK AWAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*