“So kalau perempuan nak kahwin awal, try couple dengan Zizan” – Netizen

Sehingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan nama Mira Filzah selepas majlis resepsi pelakon ini yang bertempat di Le Meridien, Putrajaya disiarkan secara langsung di TV3.

Hampir semua lelaki di Malaysia berduka selepas Mira Filzah sah diijabkabulkan bersama pasangannya, Wan Emir Astar. Mana tidaknya, pelakon utama Cinta Si Wedding Planner ini memiliki ciri-ciri gadis idaman lelaki Melayu.

Namun begitu, tidak semena-mena nama pelawak Zizan Razak pula disebut netizen memandangkan sebelum ini beliau pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama Mira Filzah.

Zizan digelar sebagai penjaga jodoh?

Dengan nada bergurau, rata-rata netizen menggelarkan Zizan Razak sebagai penjaga jodoh orang. Jika dilihat pada kesemua bekas kekasih Zizan yang dikenali peminat, semuanya sudah berkahwin bersama pasangan masing-masing.

1. Juliana Evans

2. Emma Maembong

3. Mira Filzah

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan wanita kini tidak lagi memandang lelaki lucu sebagai sesuatu perwatakan yang menarik hati. Betul ke? Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap isu ‘jaga jodoh’ ini.

“Perempuan tak pandang lelaki kelakar”

“Perempuan tak suka laki yang try hard buat lawak”

“Try couple dengan Zizan”

“Bekas kekasih Zizan semuanya sudah berkahwin”

Jika pada minggu lepas nama Zizan trending nombor satu di Twitter selepas komennya terhadap Jennie Blackpink dikecam netizen, pada minggu ini nama Zizan sekali lagi trending nombor satu selepas beliau digelar sebagai penjaga jodoh.


Semoga Zizan Razak dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik. Dalam pada masa itu, majlis resepsi kedua Mira Filzah dan pasangan akan berlangsung Ahad ini di A-Park, Puchong dan akan disiarkan menerusi program Melodi.

 

LM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*