“Presiden Netizen Yang Paling Best!” – Ramai Suka, Puji Energi Elly Mazlein Di Big Stage 2020

Minggu keempat saingan program realiti, Big Stage 2020 menampilkan artis serba boleh, Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen, sekali gus mewakili luahan rasa serta pandangan penonton di luar sana.

Lalu seperti biasa, kehadiran penyanyi dan pelakon itu nyata menggamatkan perjalanan program tersebut malam tadi yang bersiaran secara langsung dari usat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Sarat elemen humor dalam situasi serba santai, Elly turut dipuji kerana pemberian markah yang konsisten terhadap setiap peserta bertanding.

Menerusi Instagram, Elly turut memuat naik foto kandidnya yang turut membuat persembahan.

Lalu, rata-rata peminat memuji penampilannya di Big Stage 2020 selain ada yang mengesyorkan agar posisi tersebut terus diberikan kepada Elly.

Terdahulu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir di dalam program nyayian realiti itu dengan markah terkumpul sebanyak 62 peratus.

Juara Big Stage musim ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran bermula 16 Ogos lalu, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

sumber MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*