Msteri Proton Perdana di bangunan kosong di UK bersama kereta mewah yang lain. Anehnya

video dibawah

Sebuah bangunan di Surrey, United Kingdom yang terbengkalai dan tidak berpenghuni diterokai oleh beberapa individu dari saluran Youtube Lost Adventures.

Apa yang mengejutkan, bangunan yang kosong dan terbengkalai ini menyimpan banyak koleksi kereta yang bernilai jutaan ringgit.

Saluran Youtube ini sering membuat video menjelajah bangunan terbengkalai dalam bandar tersebut, yang dinamakannya sebagai ‘urban explorers‘.

Menurut seorang daripada krew saluran Youtube tersebut, dia sudah lama mengetahui tentang bangunan kosong itu. Jika dilihat dari luar, reka bentuk bangunan berkenaan sudah tidak terurus dan beberapa cat pada permukaan bangunan sudah mengelupas.

Ketika berjaya masuk ke dalam, semua krew terkejut kerana bangunan kosong ini mempunyai garaj bawah tanah, di mana di sana terdapat koleksi kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Antara kereta yang diparkir di garaj bawah tanah tersebut ialah sebuah prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008.

Selain itu, terdapat juga sebuah Bristol Fighter keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan dalam 13 unit.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, sebuah kereta keluaran Proton iaitu Proton Perdana generasi kedua juga terdapat di bangunan kosong ini. Kereta dengan nombor pendaftaran VK 5231 ini masih baru dan seperti tidak pernah digunakan.

Ia hanya dilitupi habuk kerana tidak diurus dalam suatu tempoh yang agak lama. Sebab dan punca kenapa kereta keluaran Malaysia ini berada di tempat tersebut masih belum diketahui.

Bangunan kosong kereta mewah

Bangunan kosong ini difahamkan milik Bristol Cars, sebuah syarikat pengeluar kereta mewah. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1845 ini masih memasang kenderaan menggunakan tangan.

Syarikat pengeluar berskala kecil ini juga mempunyai kira-kira hanya 20 orang pekerja dan menghasilkan 100 unit kereta dalam tempoh setahun.

Lelaki cedera disambar api kerana tidak matikan enjin kereta ketika isi minyak

Seorang lelaki melecur selepas disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Besar Seri Kembangan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.

Sejurus tiba, anggota penyelamat mendapati kereta jenis Audi terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang dan permukaan bahagian hadapan pam di stesen minyak itu turut terbakar 30 peratus.

Sewaktu kejadian, mangsa berusia 31 tahun itu terkena sambaran api di bahagian muka, tangan dan kaki selepas difahamkan tidak matikan enjin sewaktu mengisi minyak kereta.

Mangsa yang melecur di bahagian tangan dan kaki difahamkan dihantar ke Hospital Serdang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Komander operasi turut mengarahkan anggota membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” kata Hafisham.

 

Motoqar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*