Lelaki sanggup tanggal vest, selimutkan anjing kesejukan di hentian bas

Lelaki sanggup tanggal vest, selimutkan anjing kesejukan di hentian bas

SEBUAH video menunjukkan seorang lelaki menanggalkan vestnya untuk menyelimutkan seekor anjing di sebuah hentian bas.

Tindakan lelaki tersebut meraih perhatian media sosial.

Klip video berdurasi 50 saat itu dikongsikan oleh IFF Susanta Nanda.

Menerusi keterangan video, ia memberitahu bahawa lelaki berkenaan menanggalkan vest untuk membantu memanaskan anjing tersebut daripada kesejutan.

Bagaimanapun, tidak dipastikan waktu dan lokasi kejadaian dan IFS menyebut bahawa video tersebut ‘dikongsikan’ bersama lelaki berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan murninya yang melindungi seekor anjing. – India Times

Lelaki 57 tahun yakin bakal meninggal dunia pada minggu hadapan, luah hasrat papar detik akhir menerusi siaran live Facebook

SEORANG lelaki yang sedang sakit tenat meluahkan hasrat untuk menyiarkan detik kematiannya secara langsung menerusi Facebook.

Alain Cocq, 57, berkata, ia sebagai tanda protes selepas hasratnya untuk menjalani proses euthanasia ditolak oleh pihak kerajaan.

Menerusi proses euthanasia, dia boleh memilih untuk mati sekiranya menghidap penderitaan mental atau fizikal yang kronik atau tidak boleh dirawat.

Ujar Cocq, dia yakin bakal menamatkan riwayatnya pada minggu hadapan dan mahu ia ditonton menerusi laman sosial berkenaan.

Menurutnya lagi, rakaman detik akhir itu mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai euthanasia.

Sebelum ini, permohonan yang dibuat lelaki itu ditolak memandangkan ia tidak dibenarkan di negara Perancis. – Daily Star.

Mstar

Miliki 8 juta pengikut, YouTuber terkenal mninggal dunia pada usia 26 tahun

YOUTUBER terkenal, Lloyd Cafe Cadena yang memiliki lapan juta pengikut meninggal dunia pada usia 26 tahun.

Berita duka itu dikongsi menerusi Facebook oleh keluarganya, baru-baru ini.

“Dengan berat hati kami mengumumkan pemergian Lloyd Cafe Cedena yang dikasihi.

“Moga dia sentiasa dikenang atas segala perkongsian kegembiraan dan gelak tawa selama ini.

“Keluarga kami mohon diberikan ruang. Doakan kami pada detik ini,” ujar wakil keluarga YouTuber itu.

Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan.

Dia mula menempa nama dengan video masakan dan pelbagai cabaran sejak tahun 2011.

Dia mengumpul lapan juta pengikut menerusi dua akaun YouTube dan turut mempunyai lima juta peminat di Facebook.

Rata-rata peminat di media sosial turut meluahkan rasa terkejut atas pemergian itu. – Daily Star.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*