“Ibu Akan Melaksanakan Segala Permintaan Arwh Papa Untuk Emir,” – Tersentuh Dedikasi Bakal Ibu Mertua Mira Filzah Buat Anak Lelakinya

Bakal ibu mertua kepada Mira Filzah, Datin Mastura Mohd Yazid ada menitipkan pesan buat anak lelakinya, Wan Emir Astar yang bakal disatukan.

Jelas Mastura sebelum suami pergi selamanya, Allahyarham ada menyatakan betapa arwah mahu melihat anak lelakinya itu mendirikan rumah tangga bagi mengecap kebahagiaan yang sebenar.

“Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.

“Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu.

“Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu . Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT,” titipnya.

Pada masa sama, Mastura turut mendedahkan pesanan areah buat anak lelakinya itu.

“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.

“Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.

“Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much.

“How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime.

“Di hari ia melahirkan cintanya. Ia berkata kepada kekasihnya “Kita tidak usah berjanji untuk setia

kerana kita tidak mahu setia kerana janji

kita akan setia kerana cinta

hanya kerana cinta…,” tulisnya panjang lebar sambil disusuli tanda palang demicintasebuahperjuangan.

MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*