Hampir Seminggu Tak Jumpa Anak, Almy Nadia Buat Kejutan Pada Suami

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis aktor Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia yang sering kali mendapat perhatian netizen khususnya para pengikut di laman Instagram kerana kerap berkongsi detik manis bersama anak-anak di platform berkenaan.

Terbaharu, Almy khabarnya tampil membuat kejutaan buat pelakon itu apabila hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan.

Menurut Almy, bapa kepada anak-anaknya itu difahamkan sudah hampir seminggu tidak bertemu dengan cahaya mata mereka.

โ€œKami pergi dekat set en suami dekat Sg Besar Kuala Selangor. Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa bawalah lepas rindu, kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia makan.โ€

Dedah Almy, anak-anaknya turut menzahirkan rasa teruja dan gembira dapat bertemu bapa kesayangan mereka.

โ€œAnak-anak gembira dapat jumpa papa termasuk la mama dia. Niat kami bawa anak-anak jumpa papa dia lepas rindu, lepas tu niat belanja makan dekat set en. Suami,โ€

Seolah sudah mampu menjangka perkhabaran gembira, menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji tindakan Almy berbuat demikian. Tidak kurang juga, wujud segelintir pengikutnya dilihat tidak putus-putus turut mendoakan kebahagiannya rumah tangga pasangan ini.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah,kami buat suprise kat en suami semlm khamis,kami g set en suami dekat sg besar kuala selangor.. dekat seminggu anak2 x jumpa papa,bawa la lps rindu,kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk utk bekalan dia kat sana utk dia mkn(sbb en suami sejenis sanggup tahan lapar,sbb perut dia jenis x leh mkn benda yg merapu2),lps tu beli mknan utk sedekah kat set en suami skali,jadi kami beli la nasi dagang,nasi kerabu,laksam..lps tu dpt sponser air durian belanda dgn jerux mangga.. anak2 happy dpt jumpa papa,termasuk la mama dia(sat ni hampa kata kami x rindu pulek)happy tgk org mknan dgn apa yg kami sedekah,sekurang kurangnya ada jugak yg MENGHARGAI apa yg KITA BELI/SEDEKAH.. niat kami bawa anak2 jumpa papa dia lps rindu,lps tu niat belanja mkn kat set en. Suami..tu jer pada rata2 dok dm kami tanya apa nama tempat tu,kami x tau apa nama resort dia,yg kami tau resort ni hujung kg,jauhhhhhh ke dlm,, klu hampa nak tau nama dia?cer cer hampa google tgk.. ok done for today tau.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ @fizzfairuzofficial kami tak tdo la sg besar kat tempat en suami ni sbb jadual anak school lagi,malas nal kacau en suami keja

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial) on

Sekadar informasi, Fizz dan Almy telah selamat melangsungkan pernikahan pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan seorang anak angkat, bernama Nur Afrina Darwisyah yang kini telah berusia 11.

BN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*