Peminat Man Unted mahu Solskjaer dipecat kerana letakkan Ronaldo di bangku simpanan

MANCHESTER: Peminat Manchester United meminta supaya Ole Gunnar Solskjaer dipecat gara-gara membuat keputusan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan ketika menentang Everton.

Tekanan terhadap Solskjaer dikatakan terus meningkat berikutan apa yang dianggap sebagai keputusan buruk dan pelik dilakukannya.

Gol kemenangan Ronaldo ketika menentang Villarreal dalam Liga Juara-Juara pada Rabu dikatakan telah meredakan tekanan kepada pengurus asal Norway itu.

Tetapi keputusan merehatkan Ronaldo dari kesebelasan utama menyebabkan dia kembali menjadi tumpuan kritikan peminat kerana ‘berani’ mengetepikan penyerang Portugis itu di bangku simpanan .

Paul Pogba, Jadon Sancho dan Alex Telles juga turun ke berada di bangku simpanan. Tetapi penyokong paling marah dengan keputusan untuk tidak menurunkan Ronaldo dalam kesebelasan utama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.