Syed Saddiq Tampil Beri Satu Cadangan Kepada Kerajaan Muhyiddin Selepas PKP Akan Dibuat Sehari Sebelum Aidilfitri

Ketika umat islam di Malaysia sedang menanti berakhirnya Ramadhan dan menyambut Aidilfitri semua telah dikejutkan dengan satu pengumuman PKP dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Rata rata rakyat seperti tidak dapat menerima kerana rata rata sudah menyediakan persiapan hari raya Aidilfitri kerana sebelum ini kerajaan umumkan kebenaran merentas daerah dan aktiviti ziarah dibenarkan.

COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri | Astro Awani

Menurut Perdana Menteri, untuk itu larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Jelasnya, tarikh kuat kuasa larangan itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun.

“Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

Selain itu jelasnya, majikan diwajibkan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

Menurutnya, ketetapan juga dikuatkuasakan terhadap larangan semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.

SYED SADDIQ TAMPIL BERI SATU CADANGAN

Court denies MUDA's bid for judicial review against RoS decision not to register party | The Edge Markets

Menerusi twitter rasmi Syed Saddiq, beliau mensarankan agar kerajaan melancarkan semula moratarium untuk membantu rakyat.

Beliau juga mempersoalkan tentang bantuan laptop kepada pelajar pelajar kerana sudah semestinya PdPr akan dijalankan.

“PKP seluruh negara harus datang sekali dengan pelan bantuan moratorium secara automatik.

Banyak perniagaan dan rakyat telah tanggung beban. Perlu bantu mereka.

Laptop bila pula nak dapat? Sekolah sudah tutup. PDPR perlu bermula” – Syed Saddiq

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.