Baru Je Sheera Iskandar Kahwin, Sekali Benda Lain Yang Netizen Perasan

Tahniah diucapkan buat pelakon yang pernah popular dengan filem Sembilu Kasih dan Gerak Khas yang selamat melangsungkan pernikahannya pada 3 Mei 2021 bersama seorang anggota polis iaitu Mohd Halim Abdul Gani dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Magica Event Hall, Quill City Mall itu hanya dihadiri 70 orang tetamu iaitu ahli keluarga dan teman rapat beliau.

Namun apa yang menarik perhatian, majlis itu diadakan secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga mendapat pujian ramai.

Lihat video suasana majlis pernikahan yang di muat naik oleh pelakon, Abby abadi yang juga turut hadir sebagai tetamu jemputan :

https://www.instagram.com/tv/COaB-JNHX7H/?igshid=ddk0dwubzj7i

Video yang di muat naik oleh Abby itu dapat melihat semua tetamu menjaga penjarakan fizikal, mematuhi pemakaian pelitup muka, malah siap ada paparan video call bersama saudara mara yang tidak dapat hadir kerana tidak dapat merentas negeri.

Ini respon netizen mengenai majlis pernikahan Sheera yang dilihat patuh SOP :

Kebelakangan ini ramai rakan selebriti dan influencer yang melanggar SOP sehingga mencetuskan kemarahan netizen, majlis pernikahan Sheera ini memang wajar dipuji kerana pematuhan SOP yang ketat dan terkawal.

Sumber : Instagram Abby Abadi

Sumber: HOTFM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.