“Ayda dicvcuk beber4pa kali” – Nyarls Gvgur Sebab Sik4p Individu T4k Bertanggvngjawab, Nabil Mahir Dedah Sesuatu

Pada 28 April lalu, pasangan suami isteri Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengumumkan berita gembira bahawa tidak lama lagi mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Berita itu telah disahkan sendiri oleh Ayda di laman Instagram miliknya dan memohon supaya semua peminat dapat mendoakan kandungannya yang sudah memasuki usia empat bulan.

Namun, dalam kegembiraan mengenai berita tersebut telah terselit satu situasi yang mana dikatakan Ayda nyaris kegu,guran ketika awal kehamilannya sebelum ini.

Itu semua disebabkan berita kehamilan tersebut tersebar terlebih dahulu sebelum mereka berdua mengesahkannya sendiri.

Menerusi posting terbaharu Nabil di laman Instagram miliknya, beliau memberitahu bahawa penularan berita berkenaan bermula daripada seorang wartawan sebuah portal hiburan yang secara terbuka menulis tentang kehamilan Ayda tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

“This is the story, Ayda bleeding selepas portal yang tak bertanggungjawab keluarkan news tentang kehamilan ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda & @xenoentertainment susun jadual (kerja diselang seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back.”

Tambah Nabil, Ayda turut dic.ucuk beberapa kali ketika di t.ahan di sebuah hospital sehingga membuatkan Nabil sendiri tidak sampai hati melihatnya.

Rata-rata pengikut mereka di Instagram terkejut dengan berita tersebut dan turut mendoakan semoga Ayda terus kuat demi anak dalam kandungan.

Walaupun berita yang tular sebelum ini sememangnya benar belaka, ada lah lebih baik sekiranya ia disahkan sendiri oleh tuan empunya badan sebagai tanda kita menghormati mereka.

Sumber:Instagram Nabil Mahir

Sumber : http://www.dnq.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.